Posts

Showing posts from December, 2017

Sambungan mursyid

Alhamdulillah masih lagi diberi nafas untuk meneruskan penulisan ini...insya Allah semoga manfaat sambungan bab Mursyid 3. Mursyid Sebenar Setelah seseorang ikhwan telah sampai kepada kefahaman tentang berMursyidkan Rasulullah SAW, maka dari kefahamannya itu akan sampailah dia kepada Mursyid bagi Sekalian Mursyid yang memberikan petunjuk kepadanya iaitu ALLAH SWT. Pada Hakikatnya, inilah Mursyid sebenar. Hanya dengan Allah sahaja kita dapat mengenal Allah dan hanya dengan Allah sahaja kita sampai kepada Allah. Maksud sampai di sini adalah makrifat kepada Allah kerana Allah itu tidak terhalang oleh jarak , waktu dan tempat. Di sini makin jelaslah firman Allah وَ يُعَلِّمَكُمُ اللّٰهَ Dan Allah akan mengajar kalian. Jadi langkah pertama untuk menuju Allah adalah Mursyid Zahir kerana Mursyid itu adalah tajalli atau penzahiran kepada sifat ILMU Allah. Bismillahi wal syukurilillah

Mursyid 2

Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk melanjutkan perkongsian daripada kami sambungan Mursyid 2. Mursyid Rasulullah SAW Setelah engkau menemui Mursyidmu di alam zahir ini dan engkau patuh pada segala ajarannya, maka engkau akan dibawanya menemui Mursyid yang terutama iaitu Rasulullah SAW yang merupakan tajalli yg sempurna bagi Nur Muhammad. Mursyid Zahir mu yg benar pasti berjaya menghubungkan roh mu dengan roh Rasulullah kerana itulah pengesahan suatu perjalanan menuju Allah. Secara zahirnya , sanad silsilah mereka bersambung kepada Rasulullah SAW iaitu Mursyid kita mengambil pelajaran dan tarbiyyah dari Mursyid sebelumnya dan Mursyid sebelumnya mengambil dari Mursyid yang sebelum darinya sehingga sampailah sanad itu kepada Rasulullah SAW. Sedangkan secara batinnya , Nur yg ada pada Rasulullah itu juga telah tersambung dan terpancar kepada Mursyid kita sebagai mana tersambungnya sanad zahir. Maka NUR ITU DILIMPAHKAN KEPADA MURIDNYA DAN TERHUBUNGLAH ROHANINYA DENGAN RO

Mursyid

Alhamdulillah di izin kan lagi untuk saya berkongsi di dalam blog ini..Kali ini ingin saya berkongsi tentang tajuk mursyid Mursyid Mursyid adalah pembimbing jalan menuju Allah. Tanpa Mursyid seseorang tidak akan sampai kepada Allah kerana terhenti oleh nafsunya. Mursyid yg benar sudah sgt susah utk ditemui. Ada 3 peringkat perjalanan bersama Mursyid. 1. Mursyid Zahir Mencari Mursyid bukanlah mudah seperti mencari Guru Tuisyen atau guru mengaji. Guru Mursyid adalah mereka yang telah memiliki cahaya Irsyad untuk membimbing orang ramai dgn hati dan Roh mereka. Mereka tahu kelemahan diri kita serta penyakit2 hati yang kita miliki. Mereka memandang " dengan Allah" . Tiada yang dpt disembunyikan dari mereka. Mereka akan membimbingmu kerana mereka telah tahu selok belok jalan menuju Allah. Maka jalan yg mereka tempuh mereka tunjukkan kpd mu agar engkau beroleh selamat. Setiap Mursyid adalah Wali tetapi bukan semua wali adalah Mursyid. Adakalanya arahan dan larangan seoran

Asas

Alhamdulillah masih lagi dikurniakan nafas untuk menjalankan kewajipan dia atas muka bumi ini. Kali ini ingin saya kongsi perkara asas utk semua ikhwan Asas Yang Sering Dilupakan Rukun Syahadah, Fardhu Syahadah dan Syarat Sah Syahadah Rukun islam itu ada 5, iaitu : 1. Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah 2. Melaksanakan shalat 5 waktu. 3. Membayar zakat. 4. Puasa pada bulan Ramadhan. 5. Melaksanakan ibadah haji ke Baitullah jika mampu. Asas kepada Rukun Islam ini adalah Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah kerana itulah tanda seseorang itu Muslim. Rukun Syahadah terdapat 4 , iaitu: 1. Meyakini Dzat Allah ta'ala. 2. Meyakini Sifat Allah ta'ala. Termasuklah Asma Allah 3. Meyakini Perbuatan (Af'al) Allah ta'ala. 4. Meyakini kebenaran Rasulullah Muhammad saw. dan perkara yang disampaikan. Fardu Syahadah ada 2 perkara, iaitu: 1. Membenarkan dengan hati. (Tashdiq) 2. Mengucapkan dengan lidah (lisan) Dan syarat sahnya Syahadah itu ada 4 perkara, i

Hadis berkenaan majlis ilmu

*Hadits Diriwayatkan oleh Shahih Muslim ~ 4042* Kitab : *Salam* Bab: *Barangsiapa Datang Dalam Suatu Majlis Kemudian Mendapati Tempat Kosong.* Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id dari Malik bin Anas sebagaimana yang telah di bacakan kepadanya dari Ishaq bin 'Abdullah bin Abu Thalhah bahwa Abu Murrah -budak dari- 'Aqil bin Abu Thalib; Telah mengabarkan kepadanya dari Abu Waqid Al Laitsi *"Bahwa pada saat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sedang duduk di masjid beserta para sahabatnya, tiba-tiba datang tiga orang. Yang dua orang mendatangi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, sedang yang seorang lagi terus pergi begitu saja. Salah seorang di antara yang berdua tadi kemudian mencari-cari tempat kosong dalam halaqah tersebut, lalu dia duduk di situ. Sedangkan seorang lagi mencari-cari tempat dan duduk di bagian belakang. Adapun orang yang ketiga dia pergi begitu saja. Setelah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam selesai memberikan

Biar gambar berbicara

Image

Hikmah

Alhamdulillah masih lagi di izinkan oleh empunya nafas untuk saya meneruskan  penulisan saya hasil daripada karangan karangan guru-guru yang terdahulu Berkata Syeikh Abu Madyan R.A اَلْقُرْآنُ نَزَلَ وَ سَيَنْزِلُ فَالنُّزُوْلُ قَدْ مَضَ وَالتَّنْزِلُ بَاقٍ اِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ Al-Quran telah diturunkan dan lagi akan diturunkan maka yang sudah diturunkan yang lalu dan yang akan diturunkan itu berkekalan sampai hari kiamat Yang dimaksudkan dengan Al-Quran yang lalu ialah WAHYU yang diterima oleh Rasulullah SAW melalui Jibril A.S dan telah dikumpulkan oleh para Sahabat baginda sehingga lengkap penyusunannya selama lebih kurang 200 Tahun. Sehinggalah sekarang kita dapat membacanya. Al-Quran yang akan datang bukan bermaksud WAHYU akan diturunkan lagi kerana tiada lagi Nabi selepas Rasulullah SAW. Yang bermaksud Al-Quran yang akan datang adalah ILHAM yang diturunkan kepada para Wali Allah dan Solehin. Berupa rahsia2 yang dibawakan khas kepada mereka dari Majlis KeTuhanan. Da

Selawat 5

Alhamdulillah ikhwan-ikhwanku sekalian, bersyukurlah kita pada Allah yang sentiasa menjaga aturan penghidupan kita. Kali ini hendak saya cuba huraikan serba sedikit tentang selawat 5 atau yang dikenali sebagai selawat badar atau juga dikenali sebagai selawat juang yang menjadi selawat utama dalam pergerakan waris selawat. Selawat 5 ini adalah yang terkandung di dalam 164 selawat yang ada pada simpanan kami. Selawat 5 adalah pujian kasih sayang dan hormat kepada Baginda Rasullullah S.A.W yang mana Baginda adalah penghulu bagi 5 kaum yang menjadi tunjang utama dalam peristiwa Hijrah dan juga perang Badar. Antara salam pengenalan yang diamalkan oleh ikhwan waris selawat adalah yang dikenali sebagai SALAM YASSIN. Untuk pengetahuan dan huraian yang lebih lanjut boleh berjumpa dengan atau menghubungi wakil kami seperti mana dalam posting yang pertama Semoga manfaat

Khusyuk

Alhamdulillah berjumpa lagi kita dalam ruangan penulisan ini. Syukur masih lagi diberi akan pernafasan untuk meneruskan kehidupan maka jaga nafas mu itu. Perkongsian kali ini adalah lebih kepada suatu tajuk yang biasa kita dengar iaitu khusyuk. Perkataan khusyuk ini seringkali dan biasa ditujukan kepada solat yang menandakan arah fokus kita di dalam solat. Kali ini, saya ingin mengajak ikhwan-ikhwan semua untuk berfikir sejenak akan perkara berkaitan khusyuk ini. Apakah yang dikatakan akan khusyuk itu? Pelbagai huraian akan diberikan apabila kita bertanya akan perkara ini namun di sini saya bukan ingin membincangkan apa yang dihuraikan oleh mereka. Khusyuk di dalam solat itu adalah SEDAR yang kamu sedang bersolat. Khusyuk itu adalah sedar sebagaimana kalau kita perhatikan dalam keadaan kita solat itu apabila pelbagai perkara mula menjengah ke fikiran kita adakah pada waktu itu kita sedar kita sedang bersolat atau kita dalam keadaan lalai pada waktu itu? Nah sudah nampak kah apa yang

Keputusan

Alhamdulillah masih lagi diberi nafas oleh empunya nafas untuk menyempurnakan posting kali ini. Sering kali kita di dalam kehidupan ini berdepan dengan pelbagai peristiwa yang memerlukan satu keputusan  untuk dilakukan yang akan memberi kesan dalam hidup kita Tersalah membuat keputusan di dunia ini akan membawa penyesalan pada kehidupan yang abadi Semoga Allah menyelamatkan kita dan menunjukkan kita jalan yang diredhaiNya agar kita tidak tersesat dan tersalah memilih jalan semasa di dunia ini. Perpisahan antara ROH dan JASAD itu adalah benar. Bahkan setiap hari Allah menunjukkan kepada kita melalui berita2 kematian. Namun kita tidak mengambil iktibar. Di mana silapnya ? Hanya kita yang tahu ketakburan dan kesombongan kita di hadapan Allah. Di saat sihat , jarang sekali kita gunakan untuk beribadah. Tunggulah nanti bila Allah menarik sedikit saja dari nikmat itu , seperti Allah lumpuhkan sebahagian tubuhmu , di saat itu baru engkau terhegeh-hegeh merayu pada Allah agar memberikab

Epilogue

Alhamdulillah masih lagi di izin kan untuk meneruskan penulisan di dalam blog ini. Bermula kami pada asalnya di LUBUK GEDUNG chemor ipoh hanya bertiga pada asalnya. Sedikit demi sedikit kami membuka mata tentang selawat kepada adik beradik kami,keluarga kami,sahabat2 kami dan alhamdulillah dengan izin Allah waris selawat sudah mula berkembang mekar di sini walau pelbagai fitnah perlu kami hadap dalam mengembangkan dan memahamkan perjalanan waris selawat ini. Sesungguhnya kami benar-benar bersyukur kerana kami masih diberikan peluang untuk mendidik golongan-golongan muda agar kembali kepada islam dan kembali ke jalan pulang. Hanya ini sahaja harapan kami daripada awal dahulu sehinggalah ke hari ini yakni mengembangkan selawat agar menjadi mainan di bibir masyarakat dan seterusnya mengharapkan agar rahmat dan redha Allah ke atas diri kami semua. Hanya dengan selawat lah jalan kami untuk mendekatkan dan mengeratkan hubungan kami pada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W sesuai degan a

Ketaatan

Alhamdulillah masih di izinkan lagi pada saya untuk meneruskan coretan yang tidak seberapa ini. Hari ini berilhamlah akan saya untuk menceritakan serba sedikit tentang apa yang dinyatakan akan ketaatan. Semoga penulisan ini akan ada barokahnya pada pembaca untuk dijadikan suatu dasar dalam perlaksanaan insya Allah. Taat dan Derhaka Setiap ketaatan yang dilakukan, manfaatnya akan kembali kepada pelakunya. Begitu juga kemaksiatan dan kederhakaan , mudaratnya akan kembali kepada pelakunya. Allah tidak menerima sebarang manfaat jika kita berbuat taat kepadaNya. Tapi kitalah yang akan merasai manfaat dari ketaatan itu. Begitu juga maksiat yang kita lakukan tidak akan memudaratkan Allah, tetapi kitalah yang akan menerima mudaratnya. Inilah yang dikatakan Allah tidaklah bergantung kan sesuatu malah kita lah yang bergantung pada kebesaran Allah. Sedarlah akan hakikat ini supaya tiadalah kita menjadi ujub dan riak ketika melakukan amal ibadah kerana tiadalah amal itu memberi bekas kepad

Taqwa

Alhamdulillah masih diizinkan lagi untuk saya meneruskan penulisan di blog ini. Hari ini ingin saya berkongsi tentang suatu tajuk kecil yakni Taqwa. Perbicaraan mengenai Taqwa ada pelbagai dan bermacam macam namun tiadalah kesalahan akan penceritaan yang berlaku. Di sini ingin saya kongsikan secara ringkas apa yang dikatakan denga Taqwa dengan semudahnya dan boleh difahami. Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda: AT TAQWA HA HUNA (taqwa itu disini) seraya menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali Imam Nawawi rahimahullah menjelaskan: Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam menunjuk ke dadanya, maksudnya hati/QOLBI. itulah maksud Taqwa itu di dalam, bukan sekadar di luar _ Taqwa itu di dalam , bukan sekadar di luar _ Syeikh Abdul Qodir Al-Jailani pernah berkata : Kamu mungkin berpakaian seperti kami , berjubah dan beserban , namun pada pandangan kami , kamu itu tidak lain hanyalah seorang kafir_ Inilah pandangan orang yang kasyaf. Melihat dgn mata hatinya. Ternyat

Pengenalan Waris Selawat

Image
Alhamdulillah bila berbicara mengenai selawat ada pelbagai jenis selawat sehingga mencapai 164 jenis selawat..Semua selawat pada hakikatnya adalah untuk merapatkan hubungan kita pada Junjungan Besar kita Rahmatan Lil Alamin..Ini adalah serba sedikit pengenalan tentang apa yang dikatakan dengan waris selawat Waris selawat adalah jemaah yg membawa selawat 5 atau dikenali sebagai selawat badar atau juga dikenali sebagai selawat juang yang mana bertujuan utk mengeratkan hablum minannas dan juga minnallah di mana rangkaian sanadnya disebut jelas dalam talqin sanad dari atas tangan ke atas tangan hingga sampai ke atas tangan Nabi Muhammad s.a.w .... perjalanan waris selawat adalah termaktub di dalam perjalanan dan di bawah pengajian 1440 .... antara di antara tokoh yang membawa sanad ini termasuklah Tokku paloh,Tok Pulau Manis, Tok Kenali, Tok Janggut, Tok Bahaman dan ramai lagi .... Perjalanan ini paling awal dikatakan pada tahun 1312 dimana terukirnya tanda perjalanan 1440 pada ba

Mukadimah Selawat

Salamullahi taala Alhamdulillah terlaksana juga hasrat untuk mewujudkan blog bagi Majlis 1440 Kolam Beting Subur dan Waris Selawat Salasatul Aurad Jihad 24434 dibawah naungan perjalanan 1440. . Semoga hasrat kami untuk menyebarkan selawat akan dapat diperjuangkan hingga ke generasi seterusnya Sebarang pertanyaan mengenai hal ini boleh lah hubungi : OrangKaya Budi: 013-4877320 OrangKaya Tabah: 018-4053630 Tok Muda Tekun: 018-3794910 Tok Muda Subur: 012-5321360 Tok Tanjung Jati: 011-11197980/016-2850579 Tokwan Gedung: 01157713607 Tokku Banting Jihad@Tokwanku Raja Banting: 012-2673451/017-4220482/010-8140497