Epilogue

Alhamdulillah masih lagi di izin kan untuk meneruskan penulisan di dalam blog ini. Bermula kami pada asalnya di LUBUK GEDUNG chemor ipoh hanya bertiga pada asalnya. Sedikit demi sedikit kami membuka mata tentang selawat kepada adik beradik kami,keluarga kami,sahabat2 kami dan alhamdulillah dengan izin Allah waris selawat sudah mula berkembang mekar di sini walau pelbagai fitnah perlu kami hadap dalam mengembangkan dan memahamkan perjalanan waris selawat ini. Sesungguhnya kami benar-benar bersyukur kerana kami masih diberikan peluang untuk mendidik golongan-golongan muda agar kembali kepada islam dan kembali ke jalan pulang. Hanya ini sahaja harapan kami daripada awal dahulu sehinggalah ke hari ini yakni mengembangkan selawat agar menjadi mainan di bibir masyarakat dan seterusnya mengharapkan agar rahmat dan redha Allah ke atas diri kami semua. Hanya dengan selawat lah jalan kami untuk mendekatkan dan mengeratkan hubungan kami pada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W sesuai degan ayat yang mengatakan sekali kamu berselawat,sebanyak 10 kali Allah dan para malaikat berselawat ke atas kamu,10 kali kamu berselawat,sebanyak 100 kali Allah dan para malaikat berselawat ke atas kamu. Semoga apa yang kami perjuangkan ini dapat diteruskan oleh generasi muda dan generasi akan datang.

Berkata guru kami iaitu Tokku Banting

" kita tak kata kita betul tapi kita nak dapatkan kebenaran di sisi Allah
kita tak kata kita Alim tp kita nak diterima sebagai sebenarnya muslim
kita tak kata kita dah tentu masuk syurga tapi kita nak bersama dengan insan2 yang soleh
kita tak jaminan kita betul semua tapi kita nak dapatkan keredhaan Allah SWT "

Semoga Barokah

Comments

Popular posts from this blog

Selawat 5

Pengenalan Waris Selawat

1440 Kolam Beting Subur