Taqwa

Alhamdulillah masih diizinkan lagi untuk saya meneruskan penulisan di blog ini. Hari ini ingin saya berkongsi tentang suatu tajuk kecil yakni Taqwa. Perbicaraan mengenai Taqwa ada pelbagai dan bermacam macam namun tiadalah kesalahan akan penceritaan yang berlaku. Di sini ingin saya kongsikan secara ringkas apa yang dikatakan denga Taqwa dengan semudahnya dan boleh difahami.

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:
AT TAQWA HA HUNA
(taqwa itu disini) seraya menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali

Imam Nawawi rahimahullah menjelaskan:
Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam menunjuk ke dadanya, maksudnya hati/QOLBI.

itulah maksud Taqwa itu di dalam, bukan sekadar di luar

_Taqwa itu di dalam , bukan sekadar di luar_

Syeikh Abdul Qodir Al-Jailani pernah berkata :
Kamu mungkin berpakaian seperti kami , berjubah dan beserban , namun pada pandangan kami , kamu itu tidak lain hanyalah seorang kafir_

Inilah pandangan orang yang kasyaf. Melihat dgn mata hatinya. Ternyata pesanan beliau hampir seribu tahun yang lalu memang sesuai dijadikan sandaran pada masa kini.
Lihat saja artis, vip dan mgkn diri kita juga, ketika kononnya mau bertaubat maka kita akan memakai Pakaian yang nampaknya Islamik dan alim agar dihormati sebagai orang yang sudah kembali kepada Allah dengan bersungguh-sungguh.
Ternyata apa yang kita lakukan itu hanya luaran sahaja untuk menunjukkan kealiman kepada orang ramai.

Bukan pakaiannya yang salah. Tapi niatnya. Berpakaianlah seperti Nabi , Sahabat dan para wali ,tapi jangan lupa untuk menjaga pakaian di "dalam".
Barulah sempurna ibadah zahir dan batin kerana pakaian zahir adalah adab dan pakaian batin adalah taqwa

Insya Allah dengan sedikit perkongsian daripada kami ini moga barokah hendaknya pada pembaca sekalian.
Teringat kan pesan seorang guru kepada diri ku hendak menyarung pakaian pon berniat la,bacalah dengan nama Allah yakni Illahi Anta Maksudi Waredza Kamattlubi, Insya Allah kita menyarung pakaian di luar dan di dalam dan tiadalah selayaknya dalam keadaan bogel walaupun dalam keadaan berpakaian kerana terlupa pada Allah ketika menyarung pakaian.

Semoga Manfaat

Comments

Popular posts from this blog

Selawat 5

BA SIN MIM

Pengenalan Waris Selawat