Hikmah

Alhamdulillah masih lagi di izinkan oleh empunya nafas untuk saya meneruskan  penulisan saya hasil daripada karangan karangan guru-guru yang terdahulu

Berkata Syeikh Abu Madyan R.A

اَلْقُرْآنُ نَزَلَ وَ سَيَنْزِلُ فَالنُّزُوْلُ قَدْ مَضَ وَالتَّنْزِلُ بَاقٍ اِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ
Al-Quran telah diturunkan dan lagi akan diturunkan maka yang sudah diturunkan yang lalu dan yang akan diturunkan itu berkekalan sampai hari kiamat

Yang dimaksudkan dengan Al-Quran yang lalu ialah WAHYU yang diterima oleh Rasulullah SAW melalui Jibril A.S dan telah dikumpulkan oleh para Sahabat baginda sehingga lengkap penyusunannya selama lebih kurang 200 Tahun. Sehinggalah sekarang kita dapat membacanya.

Al-Quran yang akan datang bukan bermaksud WAHYU akan diturunkan lagi kerana tiada lagi Nabi selepas Rasulullah SAW. Yang bermaksud Al-Quran yang akan datang adalah ILHAM yang diturunkan kepada para Wali Allah dan Solehin. Berupa rahsia2 yang dibawakan khas kepada mereka dari Majlis KeTuhanan.
Dan keduanya kekal hingga hari Kiamat kerana keduanya adalah kalam Allah atau firman Allah atau Kata-kata Allah yang tidak hangus dibakar, tidak basah direndam. Kekal selamanya. Beruntunglah mereka yang menerima Al-Quran zahir dan batin

Abu Yazid Al Busthomi berkata :

Kami mengambil ilmu kami daripada Tuhan Yang Hidup , Yang Mengadakan Langit dan Bumi lagi kekal yang tiada mati

Apa yang dimaksudkan oleh beliau ialah golongan seperti mereka yakni para Wali Allah dan Siddiqin menerima ilham langsung dari Allah dan terbuka semua pintu2 keMa'rifatan serta diberikan mereka itu Rahsia2 dari Majlis KeTuhanan ( Hadratil Quds). Ilham ini juga disebut dengan ilmu Laduni.

Sebagaimana Firman Allah dalam surah Al-Baqaroh, Ayat 282 :

وَ اتَّقُوْا اللّٰهُ وَ يُعَلِّمَكُمُ اللّٰهُ
Dan bertaqwalah kepada Allah, nescaya Allah mengajarmu

Jadi syarat untuk mendapat limpahan ilmu laduni dari Allah , adalah Taqwa. Bila engkau telah bertaqwa kepada Allah , maka Dia akan menjemput dirimu dengan undangan khas untuk menghadiri Majlis KeTuhanan.

Insya Allah semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada ikhwan-ikhwan di Lubuk Gedung. Untuk huraian dan penjelasan yang lebih lanjut mari lah kita duduk berbincang bersama

Comments

Popular posts from this blog

Selawat 5

Pengenalan Waris Selawat

1440 Kolam Beting Subur