Mursyid

Alhamdulillah di izin kan lagi untuk saya berkongsi di dalam blog ini..Kali ini ingin saya berkongsi tentang tajuk mursyid

Mursyid

Mursyid adalah pembimbing jalan menuju Allah. Tanpa Mursyid seseorang tidak akan sampai kepada Allah kerana terhenti oleh nafsunya.
Mursyid yg benar sudah sgt susah utk ditemui. Ada 3 peringkat perjalanan bersama Mursyid.

1. Mursyid Zahir

Mencari Mursyid bukanlah mudah seperti mencari Guru Tuisyen atau guru mengaji. Guru Mursyid adalah mereka yang telah memiliki cahaya Irsyad untuk membimbing orang ramai dgn hati dan Roh mereka. Mereka tahu kelemahan diri kita serta penyakit2 hati yang kita miliki. Mereka memandang " dengan Allah" . Tiada yang dpt disembunyikan dari mereka. Mereka akan membimbingmu kerana mereka telah tahu selok belok jalan menuju Allah. Maka jalan yg mereka tempuh mereka tunjukkan kpd mu agar engkau beroleh selamat.
Setiap Mursyid adalah Wali tetapi bukan semua wali adalah Mursyid.
Adakalanya arahan dan larangan seorang Mursyid tidak kelihatan hikmahnya pada peringkat awal oleh murid. Contohnya murid yang berjubah dan beserban, guru Mursyid menyuruhnya menanggalkan pakaian itu dan berpakaian seperti biasa saja dulu utk tempoh tertentu sehingga Mursyid mengizinkannya.
Dari pandang si murid pada awalnya berlaku pertanyaan dan kekeliruan.
Mengapa pula Mursyid tidak menyuruhku memakai jubah dan serban , bukankah itu sunnah Nabi ?

Sebenarnya Mursyid tadi memandang jika muridnya itu berpakaian seperti itu hanya akan menimbulkan riak , ujub dan takabbur dalam dirinya yang akan merosakkan hati muridnya itu. Kerana itulah dia melarangnya sehingga muridnya tadi berjaya menghilangka penyakit2 hati itu barulah diizinkan utk memakainya.

Inilah Mursyid. Dia melihat di sebalik sesuatu yg tidak dilihat oleh orang awam.

Kerana itu bersegeralah mencari Mursyidmu agar selamat engkau dari permainan nafsumu sendiri.

Insya Allah saya akan sambung lagi perkongsian tentang mursyid di penulisan akan datang. Semoga manfaar

Comments

Popular posts from this blog

Selawat 5

Pengenalan Waris Selawat

1440 Kolam Beting Subur