Khusyuk

Alhamdulillah berjumpa lagi kita dalam ruangan penulisan ini. Syukur masih lagi diberi akan pernafasan untuk meneruskan kehidupan maka jaga nafas mu itu. Perkongsian kali ini adalah lebih kepada suatu tajuk yang biasa kita dengar iaitu khusyuk. Perkataan khusyuk ini seringkali dan biasa ditujukan kepada solat yang menandakan arah fokus kita di dalam solat.

Kali ini, saya ingin mengajak ikhwan-ikhwan semua untuk berfikir sejenak akan perkara berkaitan khusyuk ini. Apakah yang dikatakan akan khusyuk itu? Pelbagai huraian akan diberikan apabila kita bertanya akan perkara ini namun di sini saya bukan ingin membincangkan apa yang dihuraikan oleh mereka. Khusyuk di dalam solat itu adalah SEDAR yang kamu sedang bersolat. Khusyuk itu adalah sedar sebagaimana kalau kita perhatikan dalam keadaan kita solat itu apabila pelbagai perkara mula menjengah ke fikiran kita adakah pada waktu itu kita sedar kita sedang bersolat atau kita dalam keadaan lalai pada waktu itu? Nah sudah nampak kah apa yang mahu saya jelaskan? Di sinilah perlu kita muhasabah akan diri kita yang pada ketika kita bersolat adakah kita hanya menjalankan riadah fizikal atau kita sedang menjalani riadah rohani? Cuba renung sejenak sedalam dalamnya ke lubuk hati kita

Insya Allah sebarang pertanyaan daripada ikhwan-ikhwan boleh lah merujuk pada kami di Lubuk Gedung untuk penjelasan yang lebih rapi
Semoga Allah merahmati perjalanan ini

Comments

Popular posts from this blog

Selawat 5

Pengenalan Waris Selawat

1440 Kolam Beting Subur