Ketaatan

Alhamdulillah masih di izinkan lagi pada saya untuk meneruskan coretan yang tidak seberapa ini.

Hari ini berilhamlah akan saya untuk menceritakan serba sedikit tentang apa yang dinyatakan akan ketaatan. Semoga penulisan ini akan ada barokahnya pada pembaca untuk dijadikan suatu dasar dalam perlaksanaan insya Allah.

Taat dan Derhaka

Setiap ketaatan yang dilakukan, manfaatnya akan kembali kepada pelakunya. Begitu juga kemaksiatan dan kederhakaan , mudaratnya akan kembali kepada pelakunya.

Allah tidak menerima sebarang manfaat jika kita berbuat taat kepadaNya. Tapi kitalah yang akan merasai manfaat dari ketaatan itu. Begitu juga maksiat yang kita lakukan tidak akan memudaratkan Allah, tetapi kitalah yang akan menerima mudaratnya. Inilah yang dikatakan Allah tidaklah bergantung kan sesuatu malah kita lah yang bergantung pada kebesaran Allah. Sedarlah akan hakikat ini supaya tiadalah kita menjadi ujub dan riak ketika melakukan amal ibadah kerana tiadalah amal itu memberi bekas kepada diri kita malah tiada pon memberi mudharat pada diri kita kerana amalan itu bak kata guru kami beramal lah kamu mencari bekalan untuk pulang ke kampung terakhir namun janganlah kamu bersandar kepada amalan itu kerana sesungguhnya tiada lah maksud kepada sesuatu amalan itu untuk mendapatkan sesuatu tetapi hanya untuk redha Allah semata-mata. Bersesuaian dengan ayat wahai jiwa yang tenang masuk lah ke dalam syurga Aku dengan redha Aku.

Oleh itu ikhwan2 sekalian, Manfaat dan mudarat ini akan kita rasa di dunia dan akhirat jika kita benar-benar menghayati maksud akan perbuatan yang dilaksanakan dalam penghidupan harian kita. Fikir zikir fikir tenang

Semoga manfaat

Comments

Popular posts from this blog

Selawat 5

Pengenalan Waris Selawat

1440 Kolam Beting Subur