Keputusan

Alhamdulillah masih lagi diberi nafas oleh empunya nafas untuk menyempurnakan posting kali ini. Sering kali kita di dalam kehidupan ini berdepan dengan pelbagai peristiwa yang memerlukan satu keputusan  untuk dilakukan yang akan memberi kesan dalam hidup kita
Tersalah membuat keputusan di dunia ini akan membawa penyesalan pada kehidupan yang abadi

Semoga Allah menyelamatkan kita dan menunjukkan kita jalan yang diredhaiNya agar kita tidak tersesat dan tersalah memilih jalan semasa di dunia ini.
Perpisahan antara ROH dan JASAD itu adalah benar. Bahkan setiap hari Allah menunjukkan kepada kita melalui berita2 kematian. Namun kita tidak mengambil iktibar.

Di mana silapnya ? Hanya kita yang tahu ketakburan dan kesombongan kita di hadapan Allah. Di saat sihat , jarang sekali kita gunakan untuk beribadah. Tunggulah nanti bila Allah menarik sedikit saja dari nikmat itu , seperti Allah lumpuhkan sebahagian tubuhmu , di saat itu baru engkau terhegeh-hegeh merayu pada Allah agar memberikab peluang sekali lagi untuk sihat seperti biasa agar kononnya dapat beribadah. Itulah manusia !
Bila diberikan kesempatan oleh Allah , disia-siakannya.

Begitu juga kehidupan, selagi mana belum hampir mati , engkau tidak mahu bertaubat dengan sebenarnya. Mata dan tanganmu kau gunakan untuk maksiat di saat sendirian mahupun di saat berada pada keramaian. Bangganya engkau bermaksiat di hadapan Allah, kerana bagimu seolah-olah engkau tidak akan mati.
Tapi tunggulah apabila saat kebenaran itu tiba, Malaikat Maut menunjukkan wajahnya , maka engkau sudah terlambat.
Tiada lagi pesananku untuk diriku sendiri dan kepada engkau yang mahu mendengar, bertaubatlah selagi ada masa. Kembali kepada Allah dengan sebenar-benar pengembalian. Carilah Mursyid yang akan membantumu mencari jalan pulang, tanpa Mursyid engkau hanya bergurukan nafsumu sendiri dan Syaitan.
Mursyid umpama penyuluh di saat kau melalui jalan yang gelap gelita.


Comments

Popular posts from this blog

Selawat 5

Pengenalan Waris Selawat

1440 Kolam Beting Subur