Pengenalan Waris Selawat




Alhamdulillah bila berbicara mengenai selawat ada pelbagai jenis selawat sehingga mencapai 164 jenis selawat..Semua selawat pada hakikatnya adalah untuk merapatkan hubungan kita pada Junjungan Besar kita Rahmatan Lil Alamin..Ini adalah serba sedikit pengenalan tentang apa yang dikatakan dengan waris selawat

Waris selawat adalah jemaah yg membawa selawat 5 atau dikenali sebagai selawat badar atau juga dikenali sebagai selawat juang yang mana bertujuan utk mengeratkan hablum minannas dan juga minnallah di mana rangkaian sanadnya disebut jelas dalam talqin sanad dari atas tangan ke atas tangan hingga sampai ke atas tangan Nabi Muhammad s.a.w .... perjalanan waris selawat adalah termaktub di dalam perjalanan dan di bawah pengajian 1440 .... antara di antara tokoh yang membawa sanad ini termasuklah Tokku paloh,Tok Pulau Manis, Tok Kenali, Tok Janggut, Tok Bahaman dan ramai lagi .... Perjalanan ini paling awal dikatakan pada tahun 1312 dimana terukirnya tanda perjalanan 1440 pada batu bersurat Terengganu .... Tujuan selawat 5 ini adalah untuk mencari keberkatan dalam penghidupan dimana setiap daripada umat Nabi Muhammad s.a.w mengharapkan akan keredhaan dr Allah dan juga syafaat daripada Baginda s.a.w yang mulia bersesuaian dengan ayat sekali kita berselawat ke atas Rasulullah s.a.w,10 kali Allah SWT menyuruh para malaikat berselawat ke atas kita.... Nah apa lagi yang kita mahu dalam penghidupan ini melainkan keredhaan Allah SWT, umpamanya kita yang jahil lagi dhoif ini mahukan keredhaan Allah SWT makanya jalan paling mudah bodek lah kekasihNYA tanpa kita meninggalkan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang .... Semoga Allah SWT memberkati perjalanan dan penghidupan kita di atas muka bumi ini dan memberi hidayah pada diri kita dengan memberkati penghidupan kita bila berselawat pada kekasih NYa ....

Amiinnnn

Comments

  1. Salam Ya Salam... Salamun khaulan minrobbiRahim... Tolong add fb saya & pm kenalkan diri... Annur Syawal...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selawat 5

1440 Kolam Beting Subur