Mursyid 2

Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk melanjutkan perkongsian daripada kami

sambungan Mursyid

2. Mursyid Rasulullah SAW

Setelah engkau menemui Mursyidmu di alam zahir ini dan engkau patuh pada segala ajarannya, maka engkau akan dibawanya menemui Mursyid yang terutama iaitu Rasulullah SAW yang merupakan tajalli yg sempurna bagi Nur Muhammad.
Mursyid Zahir mu yg benar pasti berjaya menghubungkan roh mu dengan roh Rasulullah kerana itulah pengesahan suatu perjalanan menuju Allah.
Secara zahirnya , sanad silsilah mereka bersambung kepada Rasulullah SAW iaitu Mursyid kita mengambil pelajaran dan tarbiyyah dari Mursyid sebelumnya dan Mursyid sebelumnya mengambil dari Mursyid yang sebelum darinya sehingga sampailah sanad itu kepada Rasulullah SAW.
Sedangkan secara batinnya , Nur yg ada pada Rasulullah itu juga telah tersambung dan terpancar kepada Mursyid kita sebagai mana tersambungnya sanad zahir. Maka NUR ITU DILIMPAHKAN KEPADA MURIDNYA DAN TERHUBUNGLAH ROHANINYA DENGAN ROHANI RASULULLAH SAW

ﻭَﺍﻋْﻠَﻤُﻮﺍ ﺃَﻥَّ ﻓِﻴﻜُﻢْ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪ

Dan ketahuilah sesungguhnya pada diri kamu ada Rasulullah SAW
Hujurat : 7

Ulama zahir menafsirkan perkataan Fiikum فيكم "pada kalangan kamu"  yang bererti Zahir @ jasad Nabi Muhammad SAW yg dimaqamkan di Madinah

Sedangkan ulama Batin menafsirkan Fiikum فيكم itu dengan tafsiran PADA DIRI KAMU yang merujuk terhubungnya Rohani Rasulullah SAW dan merujuk kepada Nur Muhammad

Maka berhati-hatilah ketika ingin membuat maksiat kerana apa yang dirimu pikul itu amatlah berat


Comments

Popular posts from this blog

Selawat 5

Pengenalan Waris Selawat

1440 Kolam Beting Subur