THALATATUL AURAD JIHAD

Bersempena kan tahun hijrah yakni 1440 ini maka bermulalah suatu perjalanan yang mana wajiblah akan kita bersedia jika buruk maka buruklah ia dan jika baik maka baiklah ia. Perjalanan kami sudah memasuki fasa seterusnya dalam mencari keredhaan Allah dan alhamdulillah tertubuhnya dua lagi lubuk dibawah Kolam Beting Subur selain daripada Lubuk Gedung yakni Lubuk Cekal di bawah kendalian Orangkaya Cekal dan juga Lubuk Budi di bawah kendalian Orangkaya Budi. Semoga dengan penubuhan dua lubuk baru di bawah naungan Kolam ini akan memastikan penyebaran selawat dalam keadaan sekata dan menyerlah lebih bersinar daripada sebelumnya. Konsep perjalanan yang kami jalankan adalah berteraskan majlis selawat dan majlis zikir supaya berterusan ia dalam keadaan membentuk jati diri dan memperkasakan haq Allah yang sudah sekian lama semakin hilang dari jiwa-jiwa orang muslim itu sendiri. Pernahkah bertanya kita pada diri sendiri sejauh mana kita dapat berselawat ke atas nabi setiap hari padahal tahu kita akan manfaat sebenar selawat jika di amalkan tetapi masih lagi kita mencari-cari suatu amalan yang lebih susah dan tinggi tingkatannya sedangkan kita terlupa bahawa hanya keredhaan Allah lah yang dicari bukan pada kehebatan Ilmu itu sendiri. Beramal lah bersungguh-sungguh tetapi jangan dijadikan amalan itu suatu sandaran pada diri kamu kerana Allah tiadalah memandangkan rupa dan pakaian kamu melainkan pada hati kamu sendiri yakni niat kamu dari asalnya beramal pada suatu amalan.

Maka berkalamlah kami supaya tiada menyimpang perjalanan awalnya kerana jika daripada awal perjalanan sudah hilang niat asalnya maka tiadalah berguna memperbaiki di hujungnya melainkan hanya dengan izin Allah kerana hanya Allah lah tempat meminta sesuatu perkara dan hanya Dia lah yang Maha membolak balikkan hati. Ingat lah dan Ingatlah sesungguhnya apa yang kamu amalkan akan menjadi hijab bagi diri kamu selagi tiada kamu pulangkan amalan itu pada Haqnya. Ikhlaskanlah hati kamu wahai ikhwan-ikhwan dalam beramal supaya tiada akan kamu hilang nikmat di dalam beramal dan redhakan lah hati kamu supaya terpancar akan nur dari diri kamu menerangi perjalanan penghidupan kamu. Insya Allah

-435613-

Comments

Popular posts from this blog

Selawat 5

Pengenalan Waris Selawat

1440 Kolam Beting Subur