BA SIN MIM

Alhamdulillah kurnia daripada Allah masih lagi saya mampu untuk menulis akan sedikit yang mampu saya karangkan mengenai penyataan pada Ba Sin Mim yang mana akan hakikat haq kepada penyebutan itu sendiri. Penyataan kepada bismillah di mana sebitan bermula dengan BA SIN MIM yang biasa disebut dengan jahiyah BA TSA MIM yang ternyata salah dari segi tasdiq,iktikad dan tahmid kepada penyebutannya yang berubah akan mahraj penyebutan itu maka berubahlah akan hakikat haq yang dinyatakan.

Pandangan Aliff dalam keadaan perjuangan sesungguhnya pembawakan kepada jahiyah dalam perjuangan adalah langsung memuji Allah S.W.T adalah aspek pegangan tentera Allah yang mana aliff itu membawa kepada makna Allah dalam asma' wa sifat ahadiah kepada maqam rasa, ahad membawa kepada ke EsaanNya yang mana menekankan makna kepada sifat mutlak Allah yakni pegangan kepada Haq Allah supaya tiada akan terpesong perjalanan dalam mencari Yang Maha Tunggal  adapun ertinya tiada tuhan melainkan Allah yang maha hidup dan tegap, kukuh dan gagah seterusnya meletakkan akan aliff itu pada batang hidung yang kekal dalam keadaan menghadapkan wajah ke arah wajahNya tetapi bukan pada bermakna menatap wajah Allah secara berhadapan bahkan secara ihsan sepertimana kita menghadapa Allah ataupun Allah melihat kita. Maka bermulalah akan basmallah diucapkan sebagaimana tanda menjunjung tinggi Allah yang Maha Agong selayaknya sebagai pencipta agong setiap kali melakukan akan sesuatu pekerjaan kerana memandang akan makna walau ke mana wajah aku hadapkan, aku memandang wajah Allah supaya tiada akan sia-sia maksud dalam maksud dan niat akan pekerjaan itu serta menjadilah akan dia kepada ibadah tanpa mengharapkan balasan walau secebis pon.

Oleh itu,saya berseru kepada semua ikhwan-ikhwan kolam agar sentiasa bermunajat dan berserah lah diri kepada Allah serta janganlah menyangkal lagi akan Keesaan Allah kerana tiada maksud akan setiap perbuatan tanpa memandang kepada Allah

-435613-

Comments

Popular posts from this blog

Selawat 5

Pengenalan Waris Selawat

1440 Kolam Beting Subur