Sanad

Alhamdulillah bertemu kembali kita dalam artikel kali ini. Masih dikurnia akan nafas seperti mana wajibnya MahuNya Allah dan menjadilah pada harian pada Mahunya kita. Pada posting kali ini ingin saya membuka minda tentang apa yang dikatakan dengan sanad.

Sanad atau salasilah dengan kata lain mengambil akan amanah ini dari atas tangan ke atas tangan hingga sampai ke atas tangan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W adalah dengan maksudnya yang bersesuaian mengambil akan amanah ini daripada atas tangan Nabi itu sendiri. Maka hendaklah perlaksanaan serta tatacara kerja bersesuaian dengan pergerakan islam itu sendiri. Maka itu adalah kalam utama dalam perlaksanaan di mana kata akan hendaknya akan tugas utama kepada mengatakan akan sampainya sanad itu adalah pada perlakuan dan perlaksanaan diri di mana ditekankan akan perjuangan daripada yang asal itu yakni padanya infaq,hibah,sedekah serta yang mana bersesuaian dengan makna yang dikatakan akan islam itu sendiri. Maka dinyatakan lah akan sanad itu dalam bentuk talqin yakni penceritaan dari satu tangan hingga sampai ke satu tangan yang lain secara bersambungan seperti mana di sunnahkan oleh Nabi supaya dapat ia mengengkang daripada terjerumus dalam persimpangan yakni dikatakan akan hal itu di dalam Haq 7 pada hurufnya TA yakni tahkiq yang melarang akan kita menyimpang pada larinya iktikad diri kepada 3 persimpangan yakni yang dikatakan akan pada simpang kekuasaan,simpang kekayaan dan yang paling utama simpang  keagongan. Maka jika terjerumuslah kita pada salah satu atau kepada ketiga persimpangan nescaya bathil lah perjalanan yang dilaksanakan serta munafik la ia pada jalan amanah yang dimeterai dengan memegang kata pada jalur sanadnya sampai kepada Rasululullah S.A.W. Oleh itu ikhwan-ikhwan kolam yang saya sayangi sekalian,jauhilah kamu daripada azab sengsara serta belajarlah redha dalam perkara-perkara yang di utuskan kepada kamu nescaya akan bertemu kamu pada yang dikatakan nikmat Islam yang sudah lama hilang daripada Qolbi setiap muslimin mukminin yang mengaku akan padanya agama Islam.

Padanya akan hilang nikmat apabila datang suatu dugaan di dalam nikmat yang mana amatlah kami resahkan kerana terlalu ramai pada warisan kami yang gagal apabila didatangkan dugaan sebegitu rupa lebih-lebih lagi yang mengaku pada dirinya akan suatu perjuangan yang memegang pada salasilah berpenghujung kepada Nabi Yang Mulia. Maka dengan ini bersegeralah kami mengingatkan supaya tiada akan lupa tentang perjalanan asal kepada memegang kata sanad supaya tiada ia berlebihan dalam perjuangan sehingga assobiah akan dia terlebih akan bangsa yakni bila dikatakan di dalam melayu adanya islam maka jatuhlah padanya assobiah kerana meninggalkan pada haq islam itu sendiri. Jadi kata makna yang sebetulnya haruslah memperjuangkan islam kerana di dalam islam itu adanya bangsa melayu maka fokuslah akan kita pada islam tanpa membelakangkan islam dengan sesuatu apa pon supaya berkekalan rahmat dan berokahNya pada kita.

Semboyan timur sudah berbunyi maka bergemalah selawat sekalian alam

-435613-

Comments

Popular posts from this blog

Selawat 5

Pengenalan Waris Selawat

1440 Kolam Beting Subur