JIHAD

Alhamdulillah masih tergerak saya untuk menulis coretan-coretan umum bagi menambahkan lagi pemahaman kepada ikhwan-ikhwan kolam sekalian. Kali ini mahu akan saya mencoret pada kalam JIHAD yang mana sering diselarikan di dalam salasatul aurad kita.

Padanya huruf JIHAD adalag gabungan ringkasan kosa kata yakni padanaya Jalinan Ikhwan Hubungan Amanah Dakwah di mana jalinan adalah sebenarnya adalah silaturrahim antara ikhwan dimana amanahnya yang diberikan kepada ikhwan itu di dalam berkasih sayang hubungan sesama hamba di atas perjanjian yang telah dijanjikan ketika berjanji mengambil akan amanah. Maka akan janjinya itu disampaikan bersanad dan bersama untuk syarat dan perlakuannya dalam dakwah hubungan semeta.

Maka itulah dia serba sedikit penerangan mengenai perjalanan jihad yang kami bawa yang mana ia disampaikan dalam keadaaan adab adat dan tertib supaya terjaga akan tertibnya di dalam penyampaian yang mana di dalam keadaan terpelihara supaya apa yang akan disampaikan tiada akan ia terjerumus dalam kepayahan dan kesulitan dalam penghuraian bicara yang membelenggu. Pada kalamnya itu maka wajiblah bagi kami meneruskan amanah yang diamanahkan oleh pengamanah dalam menjalankan huraian cerita akan sesuatu ilmu supaya terpelihara ia dan menjadilah akan ia sebagai suatu ilmu yang bermanfaat yang tiada nilainya pada dunia ini dan beroleh akan ukhrawi semata-mata. Maka ditekanlah akan kami dengan adab berkasih sayang supaya tiada hilang akan barokah dalam mengambil dan menerima ilmu yang semestinya menjadi suatu tuntutan bagi yang mukallaf. Bila berbicara pada syarat pada mukallaf itu sendiri terbahagi ia kepada 3 syarat yakni wajib padanya islam,baligh dan waras yakni ternyatalah ia bukan dari golongan muallaf yang padanya 3 tahun pengajian. Maka wajiblah bagi seorang mukallaf itu menuntut akan ilmu islam yang mana tiadalah boleh akan ia menggunakan alasan tidak tahu dan seumpamanya kerana sudah ternyata kan ia dengan hukumnya wajib apabila bertetapan pada syarat mukallaf. Oleh itu ikhwan-ikhwanku sekalian wajib lah pada kamu mengambil akan ilmu serta duduk di dalam keadaaan mencari ilmu kerana di dalam pencarian itu sesungguhnya kamu sedang mencari akan redha Allah pada kamu dan wajib lah kamu redha pada Allah supaya dapat kamu duduk dalam keadaan redha meredhai di antara Allah dan HambaNya. Padanya redha itulah yang akan membantu kamu dalam mencari keikhlasan diri supaya tiada terjerumus kamu dalam jalan yang mendustai akan klaiamt-kalimat Allah serta ingatlah bahawasanya Tiadalah Tuhan Selain Allah serta yang Ada hanyalah Allah. Allah Allah Allah Yang Maha Agong Yang Maha Meliputi dengan barokah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Berjihadlah kamu pada jalan yang diredhai olehNya kerana tiada satupun nikmat itu adlah milik kamu melainkan milik Allah semata-mata dan jauhilah akan kamu daripada kemunafikan. Berpeganglah teguh kamu pada syahadatain dan Tauhid kamu

-435613-

Comments

Popular posts from this blog

Selawat 5

Pengenalan Waris Selawat

1440 Kolam Beting Subur