6666

Alhamdulillah berbicara akan saya pada hari ini dengan izin dan rahmat daripada Allah untuk saya menceritakan serba sedikit huraian tentang apa itu kod 6666. Bila menyebut akan kod 6666 haruslah kita ini kembali kepada apa yang telah dinyatakan oleh islam dalam rukun iman enam perkara.

Ikhwan-ikhwan kolam dan lubuk yang dikasihi sekalian, apabila menyebut perkara di dalam rukun iman maka tiadalah akan kita lari daripada perkara keimanan yang dinyatakan yakni beriman kepada kitab-kitab Allah. Pada Kitab Allah itu adanya Taurat,Zabur,Injil dan dilengkapkan kitab-kitab serta suhuf-suhuf terdahulu dengan Al Quran yang mana Nabi Junjungan Mulia kita la yang menyampaikan. Jika kita perhatikan pada makna beriman pada kitab itu sendiri tiadalah penyataan yang mengatakan kitab itu adalah Al Quran jadi benarlah nabi-nabi yang terdahulu adalah golongan yang beriman lagi beramal soleh. Maka wujudnya kod 6666 ini adalah penyataan kepada keimanan kepada 4 kitab Allah yang mana keimanan itu sendiri 6 perkara maka bukanlah 6666 itu merujuk pada ayat-ayat Al Quran. Padanya keimanan itu terlebih dahulu sebelum datangnya Islam yang mana beriman kepada Allah,beriman kepada malaikat,beriman kepada rasul-rasul,beriman kepada kitab,beriman kepada hari akhirat serta akhir sekali beriman kepada qada dan qadar. Maka dibawalah 6 perkara ini sebelum masuk kepada 5 perkara rukun islam yakni syahadah,solat,puasa,zakat serta haji yang mana tiadalah akan mereka yang bergelar islam itu mampu melaksanakan 5 perkara Islam jika tiada akan mereka berpegang kepada 6 perkara keimanan itu sendiri.

Wahai ikhwan-ikhwanku ingat lah Islam itu indah,kaffah,syumul dan ad din maka luasnya Oslam itu sendiri di luar pengetahuan bagi mereka tiada mahu akan mengenali Islam itu sendiri. Islam itu merentasi masa dan Islam itu sendiri sudah daripada Nabi Adam a.s itu sendiri maka janganlah kita berprasangka yang tiada akan mahu pada MahuNya Allah itu sendiri. Susurilah penceritaan daripada Adam,Nuh,Ibrahim,Musa,Isa dan akhir sekali hayatilah sirah rasul kita. Insya Allah akan ketemu jawapan

-435613-

Comments

Popular posts from this blog

Selawat 5

Pengenalan Waris Selawat

1440 Kolam Beting Subur