Jalan menuju Allah

Alhamdulillah masih diberikan lagi nyawa kepada saya walaupun lama juga xdapat update blog ni...Insya Allah kali ni sy update lg utk tatapan umum

JALAN TERPANTAS MENUJU KEPADA ALLAH...

Syeikh Aliy al-Marshafiy, r.a. berkata pula, "Orang yang suluk (menempuh) jalan zikir, bagaikan burung yang terbang cepat menuju ke hadirat Allah. Sedangkan orang yang suluk selain jalan zikir, seperti orang lumpuh yang merangkak lalu berhenti, padahal tempat tujuan masih jauh sekali. Terkadang orang semacam ini menghabiskan seluruh umurnya, tetapi tidak dapat sampai ke tujuan (yakni wushul kepada Allah)."

Hadis Nabi saw;

Saidina Ali bertanya kepada Rasulullah S.A.W dengan katanya :

" Ya Rasulullah, ajarkan kepadaku ( satu ) jalan yang paling dekat ( untuk sampai ) kepada Allah ( hakikat dan makrifahNya ) dan yang paling mudah ( untuk diamalkan ) oleh para hamba Allah dan yang paling afdal di sisi Allah "

Saidina Ali bermaksud agar Rasulullah S.A.W mengajar satu jalan yang paling dekat untuk sampai pada hakikat dan makrifah.

Rasulullah SA.W menjawab permintaan Saidina Ali itu dengan Sabdanya :

" Ya 'Ali ( jika engkau mahu satu jalan seperti yang engkau maksudkan itu ) maka wajiblah di atas engkau sentiasa kekal berzikrullah secara sirr ( dalam hati tanpa suara ) dan secara jihar ( bersuara ) "
Bila Saidina 'Ali mendengar jawapan Rasulullah S.A.W itu, maka beliau seolah-olah kurang yakin. Oleh sebab itu beliau segera berkata :

" Orang ramai telah berzikrullah Ya Rasulullah , ( ajarkan aku ) sesuatu ( amalan ) secara khusus "

Rasulullah S.A.W segera bersabda :

" Perkara yang paling afdal yang aku ucapkan dan para Nabi sebelumku ialah LA ILA HA ILLALLAH. Sekiranya semua langit dan bumi ini berada disebelah timbangan  dan ( kalimah ) LA ILA HA ILLALLAH itu disebelah timbangan ( yang satu lagi ) nescaya LA ILA HA ILLALLAH itu lebih berat. Dan hari kiamat tidak berlaku sedang di atas muka bumi ini ada orang yang menyebut LA ILA HA ILLALLAH.

Saidina Ali menjadi begitu yakin lalu berkata :

" Maka bagaimanakah ( caranya ) aku hendak berzikir ? "

Rasulullah S.A.W bersabda :

" Maka hendaklah engkau pejamkan kedua-dua matamu dan dengarlah ( baik-baik ketika ) aku menyebut Kalimah LA ILA HA ILLALLAH sebanyak tiga ( 3 ) kali. Kemudian engkau sebutlah LA ILA HA ILLALLAH tiga kali dan aku akan menyemaknya."

Kemudian Rasulullah S.A.W melakukan ( sebutan ) LA ILA HA ILLALLAH itu dengan menguatkan suara.

( Hadis Musalsal ini diriwayatkan dari Saidina Ali, diriwayatkan oleh Al-Tibrani dan A-Bazzar dengan para sanadnya yang hasan ) .Haqaiq 'An al-Tasawwuf , H 84-85

Dari pertanyaan Saidina 'Ali dan jawapan Rasulullah S.A.W tersebut, jelas sekali wujudnya istilah at-toriq (jalan) dan konsepnya iaitu sentiasa berzikirullah samada secara sirr atau jihar.

Asas amalan tariqat yang ujud di kalangan umat Islam diseluruh dunia adalah sentiasa berzikrullah seperti itu.

Zikrullah yang dibaiahkan atau ditalqinkan seperti inilah yang diistilahkan sebagai zikir derajat atau zikir maqamat atau zikir tareqat iaitu dipelajari secara tertentu, diamalkan dengan cara tertentu, dilengkapkan dengan pelbagai adab sebelum berzikir, sedang berzikir, sesudah berzikir dan sebagainya.

Zikrullah yang tidak dibai'ahkan secara khusus sepertimana pertanyaan Saidina Ali " orang ramai telah berzikrullah " itulah dinamakan zikir hasanat. Ia tidak terikat dengan adab dan peraturan tertentu.

Comments

Popular posts from this blog

Selawat 5

Pengenalan Waris Selawat

1440 Kolam Beting Subur